Ketagihan kepada facebook

Seronok jugak dapat join facebook nie.. walapun dulu aku sibuk melayan myspace dan friendster tapi sekarang facebook menjadi satu fenomena kegilaan semua manusia di muka bumi... kalau di lihat dari aspect semua benda.. facebook nie takdelah ape sangat cuma bestnya kite boleh berkenalan dengan kawan2 baru n jumpa kawan2 lame dan berkongsi bermacam2 benda...

Dalam banyak2 hal facebook nie jugak mampu bawak satu penyakit yang belum di kategori sebagai penyakit teruk lagi hehehe.. yaitu ketagihan facebook.. pernah tak korang terfikir korang ashik nak online jew keje.. pastu ashik log in je dalam sehari mungkin lebih... ini adalah antara simpton2 ketagihan kepada facebook

*Anda bangun pagi je benda yang anda fikir adalah facebook dan same jugak sebelum tido facebook jugak dalam minda pastu baru tidur

*takde ape yang rase best dari nak online facebook ashik nak online jew keje sebab kalau tak online rase kosong gile! sampai lupa tanggungjawab lain dan melengah2 perkerjaaan lain

*Anda tidak boleh hidup untuk lebih dari satu hari tanpa menggunakan Facebook.

*Walaupun anda tidak online facebook tapi anda rase macam nak check2 jugak facebook anda..

*kehidupan nyata anda tidak terasa begitu baik dan apabila mengonline facebook anda rase ia menyajikan sebuah kehidupan fantasi untuk melarikan diri dari kehidupan realiti di mana ia di rasakan sebagai satu yang nampak tidak dibebani, bahagia, dan mudah - sesuatu yang berlawan dari kehidupan sehari-hari anda.

*Tidur yang cukup tidak lagi menjadi penting bagi anda Sebaliknya, anda siap untuk tidur lewat sampai tak sedar dah nak pagi hanya sebab kerana online ..

*Anda mempunyai banyak kawan2 di Facebook tetapi anda masih merasa sangat sunyi.

bahaya gile facebook nie kalau setakat nak online saje2 takpe untuk lepaskan boring.. tapi kalau boleh buat kite jadi gian.. baik kite cuba slow2 untuk gengam balik realiti..

No comments