Perubahan

Dalam bulan nie macam2 berlaku... aku dah mula berubah dari seorang yang ceria kepada pendiam dan murung... maybe yelah sejak single nie banyak benda yang mengkikis karakter diri aku yang dahulu seorang yang periang, buat lawak dengan kawan2... memang nak diikutkan banyak betul masalah yang berlaku tapi aku sendiri macam memendamkan je.. taknak orang lain tahu..

walahal kawan2 semua suruh bersabar dan teruskan kehidupan.. ye memang aku teruskan kehidupan.. tapi ade sesetengah perkara aku sendiri takleh nak teruskan.. tapi aku cuba tempuhkan jugak.. mungkin ini ujian Allah s.w.t untuk hamba die.. aku terima dengan redha kerana ini tandanya Dia masih menyayangi ku dan mengingatku bahawa aku perlu ingat kepadaNya. Mungkin jugak aku dah jauh dari ape yang sepatutnya jadi diri aku..

takkan aku nak mengalah sebab satu perkara kecil sahaja.. aku masih muda.. masih banyak lagi aku perlu belajar.. ini sahaja jalan yang aku boleh lalui untuk tengok aku matang.. kalau tidak sampai bila aku tak matang.. setiap hari ia mematangkan aku.. tanpa aku sedari aku sebenarnya bodoh, sebab aku tak tengok dunia nie luas.. banyak perkara aku belum terokai.. banyak impian aku belum tercapai, banyak perkara yang aku inginkan..

aku harap luahan ini hanya sementara sebab aku dah muak dengan perasaan nie.. kalau boleh buang aku nak buang perasaan nie jauh dalam laut...

No comments