Rio & Scream 4

Minggu nie rajin jugaklah aku pegi tengok movie memandangkan tahun 2011 merupakan tahun terbaik untuk movie2 dari hollywood yang akan muncul seperti yang telah aku post minggu lepas.. so hari nie aku akan menceritakan dua movie yang aku pergi iaitu RIO dan SCREAM 4..

kite mulakan dengan RIO.. Rio bagi aku memang terbaik untuk semua sebab siapa yang tak suka watak kartun yang comel dengan grafic yang semakin hari semakin gempak.. so memang tak dinafikan yang movie RIO memang boleh dikatakan terbaik dan lawaknya freshnya.. dengan watak burung biru yang sedang pupus menjejak kaki ke tempat lahirnya dan melalui macam2 situasi yang penuh adventure.. so aku taknak cerita banyak sebab korang kena tengok sendiri.. tak bestlah aku cerita nanti spoiler jadinya.. aku bagi 7 bintang dari 10 bintang untuk movie nie! kalau banyak duit korang tengoklah dalam 3D lagi best!

Second movie yang aku nak bagitahu nie SCREAM 4 adalah sambungan dari trilogy Scream yang masih mengekalkan ciri2 Pembunuh bersiri yang memakai topeng dan jalan ceritanya jugak sudah berubah dan masih ade lagi ciri2 situasi yang lama dalam movie2 nya sebelum tapi bila aku tengok kat wayang ceritanya agak membosankan walaupun kawan aku kat sebelah ashik terjerit2 sampai aku tersentak dan pop corn berterabur atas baju aku namun aku boleh beri 5 bintang dari 10 bintang

so itu hanya pendapat aku tapi korang kena tengok sendiri lah movie2 nie kat wayang ok dan adili sendiri...

No comments