kL gengster

Aku baru je lepas nak tengok movie kL gengster.. asalnya nak tengok cerita Super 8 tapi nak jugak tengok cerita yang telah melepasi 11 juta ringgit ini.. semasa menontonnya aku cukup kagum jugak dengan cara shamsul bawak penonton ke dunia gengster yang dahulunya movie2 seperti ini di monopoli dan di pegang Negara2 Asia yang lain seperti Hong kong "Young and Dangerous", South Korea "my wife is a Gangster", Jepun "Crow Zero". Walaupun tampak ganas tapi ada maksud mendalam yang cuba di bawak oleh Shamsul dalam movie beliau..

Jika dilihat dari perspektif aku untuk movie ini cara aksi mereka ada ala2 seperti IP MAN.. kelajuaan cara mereka berlawan memang agak bagus! filem2 malaysia sudah berubah ke arah lebih dynamic dari dulu dengan situasi dan backgorund mereka ada ala2 seperti cerita2 mafia..

Namun di dalam filem mane pun mesti ade kelemahan.. dan kelemahan ini kita anggap sebagai pencetus untuk idea yang lebih hebat.. kelemahan didalam filem ini adalah jalan ceritanya yang agak simple.. kerana terlalu banyak sangat keganasan yang cuba di tonjolkan didalam movie ini sampai hilang erti jalan cerita tersebut.. tapi ape yang aku katekan ini hanyalah sebagai pendapat semoga di terima secara baik =) ape2 hal aku berbangga kerana Malaysia sudah mengeluarkan pengarah muda yang berbakat! syabas shamsul! 6 bintang!

2 comments

Nazira said...

lalu la ke blog saya http://sesedaphatiwa.blogspot.com/

Johari sulaiman said...

sure why not.. boleh aje ;)