Transformer the dark of the moon BEST SANGAT KE?

Semalam baru lepas tengok wayang cerita Transformer 3D.. boleh tahan jugak lah sambungan trilogy filem robot nie.. dari first filem sampai filem ketiga.. Bay (cewah macam zizan dalam maharajalawak) masih mengekalkan aksi pertembungan antara decepticon dan Autobots dengan menambah beberapa robot baru serta pelakon wanita baru yang hot serta lakonannya yang agak tidak menjadi iaitu Rosie Huntington-Whiteley mengantikan Megan fox, tapi tak kisahlah aku bukan tengok movie tue nak tengok aweks2 tapi watak utama mereka iaitu robot2 tersebut..

WARNING: kepada yang belum menonton, ini adalah spoiler!! antara kebaikan dan keburukan movie ini..Kita mulakan dengan yang buruk dulu.... bila dilihat dari movie ini jalan cerita nya agak berterabur sikit dan bay banyak menumpukan kepada aksi dan tidak pada jalan cerita.. sebab ade sesetengah part aku tengok macam ehh camne boleh perkara nie berlaku, contoh part Bumbleebee kena tangkap.. bila entah die kena tangkap.. lepas tue cerita ini agak meleret.. yelah 2 jam 30 minit.. aku tengok dari pukul 6 sampai 9 baru keluar pangung wayang.. mula2 cerita slow.. pastu tiba2 time aksi sekejap then drama balik pastu drama lagi.. then aksi cuma 5 minit hehehe... dan IKLAN sekejap ini bukan pasal transformer tapi pasal PANGUNG WAYANG.. aku paling pantang bila yang pegi tengok wayang cite nie.. bawak bayi.. dah tahu cerita nie PG 13.. bayi tue umur 13 tahun ke? bising dan menganggu orang untuk melayan movie nie termasuk aku, aku bukan nak dengar budak nangis2 sebab nie bukan cerita hantu ke cerita pasal cara2 menjaga bayi di panggung wayang..

OK! KITE KEMBALI SEMULA! kebaikannya aksi yang dibawa oleh bay sungguh menakjubkan yelah guna CGI kira okeylah berbanding filem2 yang sebelumnya.. part aku paling suka time kat HIGHWAY.. bila 3 decepticon kejar.. memang best!, tengok plak in 3D timbul terus Sam witwicky.. hehehe... cerita nie banyak mengunakan unsur2 kemanusian dan kesederhanaan macam contoh mereka mempercayai satu sama lain dalam meneruskan kehidupan, rationality jugak ada dalam movie nie lagi2 time Megatron sedar yang Sentinel tak layak jadi Jahat hekhekhek.. ape2 hal banyak yang terkorban dalam movie ini lebih2 lagi kereta2 yang dilanggar serta manusia yang ditembak dan POOF! seperti Angry bird.. hehe..

APE2 HAL MOVIE NIE SAYA BAGI 9 DARI 10 BINTANG! memang hebat! bakal menonton lagi untuk kali kedua malam ini..

2 comments

sailaaf said...

haha. samala 9/10. best kan. aku pon nak g tgk lagi. =p

Johari sulaiman said...

tahu takpe.. kamu mesti tengok 3D... afifah dushhh!