Dunia university aku
aku mula banyak menulis dan menaip dalam bahasa melayu, mungkin aku rasa nak lari dari stereotype yang mengatakan aku sebagai pelajar tesl harus menulis dalam bahasa inggeris dari bahasa melayu, jadi aku akan menulis dalam bahasa melayu sebanyak yang mungkin dalam blog ini, kepada rakan pembaca blog yang berasal luar dari malaysia saya minta maaf sebab hari ini aku hendak meluahkan isi kehidupan aku di bumi universiti ini, ia bermula pada hari jumaat 5 jun hingga hari ahad 7 jun 2009 di mana kebanyakkan pelajar di universiti aku pulang dan hostel universiti seperti semester sebelumnya kosong dah tidak berpenghuni, aku pelik jugak kadang2, kenapa mereka kerap pulang sedangkan aku sudah berada di sini selama enam semester dah tidak pernah sekali terdetik hendak pulang ke pangkuan ibubapa aku, tapi itu bukan masalahnya sekarang yang harus di pertikaikan, bila diorang balik universiti nie dah jadi macam dalam movie hollywood i am legend, kosong tiada populasi, aku pulak tak balik, jadi boring jugaklah duduk kat sini, tapi mujur masih ada kawan yang sudi temankan aku di kala sunyi ini, baru aku sedar ada lagi manusia yg masih tinggal kat universiti nie hehehe! malam nie aku lepak dengan seorang kawan yang lama aku kenali tapi baru 2 hari ini aku betul2 berborak dengan dia, die agak lain dari yang aku sangkakan, selama ini aku menganggap die hanya sebagai the weird one, tapi alangkah aku terkejut bila aku mengetahui die lebih matang dan jauh sempoi dan best di buat berbual.. baru terdetik dalam benak kepala hotak aku yang die nie jauh bagus dari ape yg orang cakap tentang die selama ini, apa yang die cakap cukup membuatkan aku sedar sesedarnya, kawan yg baik akan selalu berada di sana di sisi kite.. aku harap persahabatan kiteorang lebih erat selepas ini, 2 hari ini antara memori terbaik aku di universiti ini, mungkin minggu depan lagi baik untuk aku, siapa yang tahu, Tuhan yang menentukan segalanya. Thanks D... kau banyak menyedarkan aku bahawa perwatakan kau istimewa dari segala aspek..
Post a Comment