Welcome Readers!

Nama ku Johari atau lebih akrab di panggil joe, aku seorang yang openminded dan simple. blog ini adalah tempat ku meluahkan isi hati, segala apa sahaja yang terlintas di alam semesta serta minda ku dan ia mengunakan bahasa rojak bercampur english dan saya juga tidak mahir berbahasa inggeris jadi maaf jika ade tersilap. saya berharap jika ada apa-apa opinion boleh comment dibawah, Nice to meet you all.. hope you enjoy reading my blog!

WARNING: blog ini adalah untuk openminded peoples

Maher Zain Concert

LAME TAK POST SOMETHING KAT BLOG AKU!!!! hari nie aku nak post something best!!! pada 25hb FEBRUARY! aku akhirnya dapat jugak pegi ke konsert artist nasyid popular maher zain!!!! memang nak cakap SUPERB!!!! terbaik! suara maher zain best!, paling gempak is beliau menyanyikan lagu inshaAllah dalam bahasa melayu!!! konsertnya memang terbaik! diiringi dengan music orchestra! fuhhh gempak! pastu plak ade rakan2 seperjuangan dari awakening records seperti Mesut Kurtis dan Irfan makki! fuhhh lagi mengenakkan konsert tersebut... kira aku berpuas hati dapat jugak merasa tengok persembahan live beliau.. kepada yang tak pernah tengok beliau live.. memang beliau seorang yang berbakat! yang buat aku terharu.. setiap kali beliau nak menyanyi lagu2 beliau, beliau akan mulakan dengan mengucap kalimah bismillah.. masya Allah.. rase segan kadang2.. sebab aku sendiri pun jarang nak mulakan sesuatu perkerjaan dengan bismillah.. tapi memang aku kagum dengan Maher zain! ape2pun it's the best time of my life!

p/s: terkilan jugak sebab maher zain tak nyanyi kan lagu favorite aku AWAKEN sob2
Labels: 0 comments |

Perubahan

Dalam bulan nie macam2 berlaku... aku dah mula berubah dari seorang yang ceria kepada pendiam dan murung... maybe yelah sejak single nie banyak benda yang mengkikis karakter diri aku yang dahulu seorang yang periang, buat lawak dengan kawan2... memang nak diikutkan banyak betul masalah yang berlaku tapi aku sendiri macam memendamkan je.. taknak orang lain tahu..

walahal kawan2 semua suruh bersabar dan teruskan kehidupan.. ye memang aku teruskan kehidupan.. tapi ade sesetengah perkara aku sendiri takleh nak teruskan.. tapi aku cuba tempuhkan jugak.. mungkin ini ujian Allah s.w.t untuk hamba die.. aku terima dengan redha kerana ini tandanya Dia masih menyayangi ku dan mengingatku bahawa aku perlu ingat kepadaNya. Mungkin jugak aku dah jauh dari ape yang sepatutnya jadi diri aku..

takkan aku nak mengalah sebab satu perkara kecil sahaja.. aku masih muda.. masih banyak lagi aku perlu belajar.. ini sahaja jalan yang aku boleh lalui untuk tengok aku matang.. kalau tidak sampai bila aku tak matang.. setiap hari ia mematangkan aku.. tanpa aku sedari aku sebenarnya bodoh, sebab aku tak tengok dunia nie luas.. banyak perkara aku belum terokai.. banyak impian aku belum tercapai, banyak perkara yang aku inginkan..

aku harap luahan ini hanya sementara sebab aku dah muak dengan perasaan nie.. kalau boleh buang aku nak buang perasaan nie jauh dalam laut...
Labels: 0 comments |
Related Posts with Thumbnails