Welcome Readers!

Nama ku Johari atau lebih akrab di panggil joe, aku seorang yang openminded dan simple. blog ini adalah tempat ku meluahkan isi hati, segala apa sahaja yang terlintas di alam semesta serta minda ku dan ia mengunakan bahasa rojak bercampur english dan saya juga tidak mahir berbahasa inggeris jadi maaf jika ade tersilap. saya berharap jika ada apa-apa opinion boleh comment dibawah, Nice to meet you all.. hope you enjoy reading my blog!

WARNING: blog ini adalah untuk openminded peoples

Kesunyiaan

Ye.. aku menulis tentang kesunyiaan.. itu yang aku alami sekarang.. bila orang yang aku cinta dan sayang berjauhan dengan aku.. ibu bapa aku, kekasih aku, kucing aku.. Kesunyiaan adalah perasaan di mana orang mengalami rasa kekosongan yang kuat dan bersendirian. Kesunyian juga sering dibandingkan dengan perasaan kosong, yang tidak diingini, dan tidak penting. Seseorang yang kesunyiaan mungkin sukar untuk membentuk hubungan interpersonal (bersama orang lain) yang kuat.

Bila aku berjauhan dengan ibubapa ku, keluarga ku, dan kekasih ku.. aku merasai sangat kosong.. walaupun ada ramai manusia di sekelilingku tapi terasa sepi betul hati nie bila tiada yang tersayang dan tercinta... namun teknologi sudah berkembang.. jadi taklah risau sangat.. handphone dah canggih.. boleh sms dan call, internet ada boleh online facebook n chatting dengan yg tercinta.. so kepada semua jangan merasa sunyi sebab dalam bumi nie ade enam billion manusia dan semakin bertambah.. jadi stay happy!
Labels: 0 comments |

Tutup Cerita lama buka Cerita Baru

Great! Hidup baru bermula... kebahagiaan insyaAllah dalam proses tercapai walaupun masih lagi 70 peratus, agak besar peratusan tersebut kalau nak di bandingkan dengan realiti kehidupannya tapi itulah yang aku rasa sekarang.. sebelah pihak sudah kata ya.. dah sebelah pihak satu lagi pun sudah menunjukkan penerimaan, terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan aku terutamanya ibubapa aku, abang aku, kakak ipar aku, sepupu2 ku, kawan2 yang banyak bagi sokongan positif, bahagia aku!.. dan aku rasa tidak salah aku memulakan hidup baru dengan yang baru tapi lebih memahami dan tidak mengarut2 macam yang dulu.. Senang cerita aku dah jumpa apa yang aku cari.. dan itu sudah cukup untuk aku.. yang lama aku tinggalkan sebab aku dah malas nak amik tahu kalau banyak sangat songehnya.. walaubagaimanapun kita semua harus tahu yang hidup tetap kena teruskan... biarlah yang keruh dulu kite jadikan pengajaran.. aku anggap semasa lampau adalah silap aku dan aku nak perbaiki diri aku.. tidak mahu di anggap sebagai manusia yang hanya tahu berdrama, bertalam dua muka, Egoist dan jugak hanya tahu mementingkan diri sendiri.. biarlah apa orang nak kate tapi aku tahu siapa diri aku... senyum selalu!

ada seseorang pernah cakap kat aku... kita akan jumpa yang salah dahulu sebelum jumpa yang sebetulnya.. aku dah jumpa yang betulnya dan aku akan hargainya..
Labels: 0 comments |

Kelakar


bila fikirkan balik.... yelah kita nie manusia... cakap tak serupa bikin... bila kate aku tak mengharapkan simpati dari sesiapa... then bukan main meminta2 dan menunjuk2 simpati pada sesiapa.. Ego sungguh manusia nie.. kadang2 aku terfikirkan jugak.. di mana silapnya.. kalau aku sendiri la contohnya ada buat silap.. aku mengaku silap aku... tapi adelah hamba Allah nie yang aku kenal dulu.. buat silap pastu taknak ngaku depan aku sebab beranggapan dia benar dan aku salah.. pegi heboh pada kawan2 die yang aku nie bersalah dan die tue macam SAINT sangat.. Suci sangat.. of course la aku akan di pandang hina oleh kawan die TAPI ADA AKU KISAH?.. padahal dia sendiri yang buat silap dengan aku takde plak aku sibuk2 pegi heboh pada orang.. tak payah tunjuk diri tue baik kalau sekadar hanya manusia dan bukan malaikat.. sedarlah... kau sendiri yang buat keputusan macam tue bukan aku... kau sendiri tahu ape yang aku buat, merayu... kau sendiri yang letak diri kau sebagai "kawan" dan bukan itu yang aku nak.. buat ape kau nak pegi heboh2 kate yang aku nie teruk sampai tahap macam tue.. sorry to say.. kau bukan lah sebaik yang aku sangka, walaupun aku tahu aku taklah sebaik mana tapi atleast aku mengaku.. dah akhirnya aku rase lega dan sebab itu aku pergi meninggalkan mu secara baik tanpa dendam atau kebenciaan kawanku...

pertama kali aku meluahkan tidak puas hati dalam blog nie.. sebab aku dah malas nak amik tahu lagi biarlah benda nie berakhir kat sini tanpa sebarang lagi spekulasi yang tiada penghujung
Labels: 2 comments |

Mencari kekuatan

bila sebut soal kekuatan banyak yang boleh di intepretasi kan dalam soal ini.. tapi aku bukan bercerita tentang kekuatan luaran secara fizikal..aku maksudkan kekuatan didalam soal diri.. aku mencari kebenaran, kepercayaan, dan juga keabadian dalam soal hidup.. di mana aku mampu mencari ia? adakah ia ada dalam setiap penjuru kehidupan ini.. adakah masa yang mampu menentukan? adakah setiap perlakuan aku mencerminkan kekuatan yang aku cari selama ini.. itu hanya aku sahaja yang mampu merungkai...
Labels: 0 comments |
Related Posts with Thumbnails