SELAMAT HARI RAYA 2011!

Sorry terlambat nak post blog sebab sibuk dengan hari raya tahun nie.. macam2 activities bila balik hometown.. so harap2 pembaca blog ku yang setia jangan lah marah sebab menunggu mane lah post terbaru si joe nie.. anyway.. Ramadhan sudah berlalu dan lembaran Syawal menjelma jugak! yang paling best bila balik raya naik flight MAS (balik raya style skit! setahun sekali!).. tapi yang tak tahannya.. 45 minit aku dalam kapal terbang tue ashik dengar lagu raya.. dem! hahahaa sampai hometown malam sebab aku pilih flight last sekali.. so menjenuh jugak menunggu kat KLIA sorang2 hehehe.. tapi takpe janji pulang dengan happy!

Tahun nie raya macam biase.. mak aku menganyam ketupat.. aku dah try menganyam sekali tapi last2 jadi tikar mengkuang hahaha... jadi aku di tugaskan untuk mengisi beras dalam ketupat hehe.. so bila tiba Syawal terasa jugak lembaran tue walaupun aku sambut sederhana tahun nie tak macam tahun2 sebelumnya.. sebab mungkin aku dah dewasa so aku dah tak rasa lagi nikmat raya.. lagipun duit raya tak dapat hekhekhekhek..

Tapi yang paling best kawan aku yang merupakan photographer professional untuk wedding dan events ajak aku photoshoot jadi model untuk hari raya aidilfitri jadi hasilnya seperti gambar di atas hehehe.. banyak lagi gambar tapi malas nak upload hahaha..

Raya tahun nie boleh katekan banyak aktiviti aku abiskan dengan family dan kawan2 tapi dengan kawan2 la ramai.. pegi open house kawan2 semua.. dan ade aktiviti bowling raya lah dengan kawan2 sekolah, marathon wayang raya, kira reunion ape semua lah.. so hope tahun depan ade lagi gempak aktiviti raya! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

No comments