Pengorbanan Seorang Wanita

Pengorbanan seorang wanita.. kalau dilihat dari sudut Agama, Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam.. Namun pengorbanan Wanita nie lebih dari satu tulang rusuk.. Jika kita lihat pengorbanan ibu selama kita hidup bagaimana beliau menjaga kita dari kecik sehingga besar memang takde hentinya.. Aku sebagai manusia dapat lihat, rasa dan menerima pengorbanan wanita, dari seorang ibu, seorang kekasih, seorang kawan.. tapi dimana silapnya sebagai seorang lelaki apabila melukai hati mereka, meyeksa mereka, menghancurkan maruah mereka hanya kerana inginkan kepuasan sendiri, adakah ini yang sepatutnya berlaku pada wanita? yang seharusnya kita jaga, kita pertahankan.. mereka kaum yg lemah dan bukanya barang permainan yang boleh dibuang, di baling, di pecahkan begitu sahaja, Sebagai pencinta aku memahami apa perasaan wanita dan kekasih aku, aku tak sanggup menduakan dia, tak sanggup melakukan perkara yang boleh merosakkan dia.. aku inginkan kebahagiaan untuk dia.. macam-macam ujian telah aku lakukan dan dia lalui namun dia masih lagi di sisi aku, alangkah bahagianya kalau dia milik ku, milik ku sebagai isteri ku yang sah.. halal..aku mahu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepadanya, tapi dia pernah bertanya pada aku, apa yang sebenarya ada dalam hati kamu? banyak perkara.. terlalu banyak, mampu kah aku membahagiakan kamu? mampu kah aku bagi kasih sayang dan cinta yang kamu harapkan? adakah kamu nak bersama dengan lelaki biasa seperti aku? adakah kau rasa aku ini seorang lelaki yang sesuai untuk mu? adakah kau akan rasa kebahagiaan bersama dengan aku untuk 10 tahun akan datang? adakan cinta kau masih mekar padaku walaupun sudah berkahwin nanti? ini yang sentiasa bermain dalam hati aku, hati aku hanya ada dia, dia seorang sahaja tapi mungkin dia tidak menyedari sebab aku bukan seorang yang pandai bermadah cinta, bukan seorang yang romantis.. sebab itu aku menulis ini, semoga kau membaca dah memahami isi hati aku dan memahami apa yang aku rasa, apa yang selalu bermain dalam hati aku... tapi Allah tahu yang hati aku sentiasa mencintai mu wahai wahidah walaupun cinta yang Allah berikan hanya sedikit sahaja berbanding Cinta ku terhadap keAgungnya, bukan rupa aku cari bukan harta aku mahukan, bukan darjat yang aku mahukan dari kau.. dan tiada wanita lain yang mampu memberikan kebahagiaan kepada ku selain kamu dan cinta aku hanya untuk kamu seorang sahaja, kau terima ku seadaanya, kau terima segala dugaan bersama ku, kau berkorban apa sahaja kerana ku, kau di sisi ku ketika aku susah dan senang, kau masih lagi bersama ku dikala aku menangung bermacam- macam masalah dan masalah yang ku timpa pada kau dan semoga Allah memberkati dan merestui cinta kita dan satu hari nanti aku akan menjadi milik mu selamanya selepas akad dan nikah di lafazkan oleh ku.. aku bersyukur bertemu dengan seorang kekasih yang suci dan solehah seperti mu Nurul wahidah.. Allhamdulilah.. (hanya rekaan semata2)

2 comments

Anonymous said...

btul2 jiwang abis dak ni....

Johari sulaiman said...

wei itu luahan cerita.. mane la tau aku bleh buat macam cite nur kasih ke ;p

kalau boleh letak la name bro ke babe ke nie, dah macam alien dah xade name