Review Cradle of Filth - Cryptoriana – The Seductiveness of Decay. best ke tidak?


Cradle nihh tak abis2 keluarkan album bogel, one day entah-entah cover album terbaru diorg Dani plak yang bogel hehe, menarik jugak tuh haha jangan nak songsang sangat hehehe, baiklah setelah album terakhir mereka Hammer of the witches keluar pada tahun 2015, pada tahun 2017 Cradle of Filth mengeluarkan album terbaru mereka iaitu Cryptoriana - the seductiveness of Decay, ye aku sendiri tertypo sebanyak lima belas kali sebelum dapat menaip betul nama album band ini dan jugak mengalami lidah berlipat untuk menyebut nama album mereka hehe.

Apa yang bestnya album Cryptoriana - the seductiveness of decay nih sampai ramai cakap Cradle of filth menambah satu lagi masterpiece album ke dalam list sejarah mereka?.. selepas Paul Allender buat keputusan untuk blah dari band ini dan mereka juga membuat keputusan untuk sign didalam company rekod Nuclear Blast, Band Cradle of filth cuba untuk membuat pembaharuan dengan menukar ahli-ahli band tersebut yang memang sudah tidak disangkal kerana ahli band yang kekal hanya Dani seorang je sebagai ahli original dari dulu, dengan kehadiran Lindsay Schoolcraft dibahagian female vocals, narration serta keyboard dan kedua guitarist Rich Shaw dibahagian  guitars & Marek 'Ashok' Šmerda jugak dibahagian guitars membawa sinar harapan kepada penulisan album mereka, apabila buat pertama kalinya didalam album lepas Hammer of the Witches, mereka bertiga diperkenalkan jeng3, aku rasa Dani akhirnya sedar agaknya Paul punya riff ashik sama je dan monotonous je meleret2 sebab itu die sepak terajang gigit Paul keluar dari band hehe. Bila Richard Shaw dan Marek di gabungkan didalam album terdahulu mereka membawa riff yang dikatakan agak berbeza dari yang kita selalu dengar dalam album Cradle, setuju ke tidak? so bila album Cryptoriana ini muncul memang macam biasa lah masa aku dengar teaser dari website, youtube dan twitter band ini boleh dikatakan memang riff Richard shaw ini agak berhantu jugaklah dan catchy siap ada solo lagi! so bagi pendapat aku memang bagus kehadiran beliau menambah perisa kepada album terbaru ini.

Cradle of Filth mempertaruhkan single dan jugak video klip mereka Heartbreak and Séance, macam lagu putus cinta je haha!  Haqiem Rusly ke Aiman Tino ke boleh lah try nyanyi macamnih confirm gempak, berubah industri muzik Malaysia haha! permulaan lagu ini dimulakan dengan riff intro yang melodic dari Richard shaw dan akhirnya tiba2 macam biasa Dani jerit........... haha.. lagu ini jugak di bubuh dengan okestra ramai2 menyanyi menambahkan lagi sedap lagu itu, tapi paling best bagi aku adalah di pertengahan lagu tersebut di time 2:50 Fuhhhhh riff catchy dari Richard Shaw! so guys layan lahh lagu ini di youtube ye, pada budak kecik toksah mengade2 nak tengok video klip tersebut ada perempuan tak malu bogel hahaha.

Jadi terdapat 10 lagu didalam album ini dan dikiranya masa diberikan dalam lingkungan 50 minit gitu, muzik yang dibawakan berbeza, dengan melodi yang sentiasa bertukar, tidak meleret dan jugak drum yang sentiasa double paddle dan fast face, dan tidak dilupakan vocal Dani yang lebih kearah seperti di album terawal kemunculan mereka, Riff gitar sangat kencang, selalunya jarang album Cradle ade solo tapi album kali ini mereka cuba masukkan solo untuk lebih menyedapkan lagu tersebut, jangan risau peminat Cradle, mereka tidak lari dari muzik asal cuma mereka macam nak bubuh krim dalam air kopi untuk bagi lebih berlemak di dalam album ini so peminat boleh merasai bagaimana creativity kedua guitarist dan tidak terikat dengan hanya idea Dani yang sama je kalau tidak boring lah album Cradle of Filth, tidak dilupakan jugak keyboard dan okestra serta vocal wanita boleh didengari di setiap lagu walaupun takdelah banyak sgt.

Lagu yang bagi aku kira menarik perhatian aku adalah Heartbreak and Seance, The seductiveness of Decay, Death of Maiden dan Allison Hell, aku bagi 3.7 bintang dari 5 bintang untuk album ini dan jika anda peminat Cradle of filth sila dapatkan album ini sebab tidak menghampakan


PERINGATAN : Ini hanya pendapat dari seorang pendengar lagu Universal & Metal, kalau pendapat aku mengecewakan hati anda kerana anda peminat band tersebut Minta Maaf!, sila support band tersebut dengan membeli album mereka secara digital, CD dan Vinyl Terima kasih

No comments