Review behemoth - i loved you at your darkest. Best ke tidak?


Baiklah review yang ditunggu - tunggu sudah muncul.. akhirnya pada 5 October 2018, band favorite aku iaitu Behemoth telah mengeluarkan album terbaru mereka  i loved you at your darkest. Nama album macam album cinta rock kapak jiwang zaman 80 dan 90an hehe tapi jangan terkejut kalau ia datang dari sebuah band prominent Death Black Metal (ada yang cakap diorang extreme metal) Poland BEHEMOTH!! (Semangat gile taip). 

Sebelum aku start review album diorg, jom kita lihat perjalanan Band behemoth sebelum ini, band ini ditubuhkan pada tahun 1991 dan 11 album telah di cipta, dan setiapnya bagi aku adalah MASTERPIECE, walaupun vocalist mereka Nergal pernah di diagnose penyakit kanser namun itu tidak membuatkan beliau give up dengan music yang beliau minati, dan setelah sihat dari kanser, mereka terus mencipta album satanist 4 tahun lepas yang sangat awesome!

So, nak dijadikan cerita dalam 4 tahun sebelum Behemoth mengeluarkan album ini mereka sempatlah mengunakan creativity yang ada untuk membuat business, dibawah naungan band mereka, mereka mengeluarkan bermacam2 produk, arak lah, buku lah, business barber pun ada tak silap aku (itu aku tak boleh nak confirm sebab selalu tengok Nergal punya instagram dia selalu updatekan kedai barber dia selalu pergi tuh macam kedai dia, kalau ada sesiapa boleh confirmkan sila tulis di komen ye)

Okay berbalik pada review album i loved you at the darkest, sebelum itu aku nak bagi warning review untuk band ini agak panjang sikit so bear with me, bak kate org melayu "beruang dengan aku okay!" permulaan produksi album ini sebelum dikeluarkan ada pernah di war warkan melalui Nergal punya instagram sebab die selalu update tgh jamming dgn member2 lain dalam studio so kiranya masa itu masih samar lagi sebab takde clue, tapi based melalui interview dgn Nergal dan Orion yang pernah aku baca dalam magazine dan youtube diorang ada kata diorang dalam process nak buat album dan album kali ini lebih unik.

Mana tak uniknya sebelum album ini diliriskan aku teringat lagi pergi ke website official mereka untuk tengok perkembangan band ini, diorang siap suruh baca mantera, dan mantera yang dibaca akan direkod untuk memastikan ia betul dibaca dan jugak sebagai security password untuk peminat mendengar sneak peak lagu2 yang bakal berada di dalam album tersebut, hebat betul marketing mereka, aku sebagai fans tak beranilah nak baca mantera itu sebab nanti terpesong plak jadinya so tak dapatlah dengar lagu diorang...(takpe tak rugi pun, aku lagi sayang agama aku)

Tidak silap aku beberapa bulan lepas mereka mengeluarkan beberapa buah video klip yaitu yang pertama God = *** (sorry terpaksa censored untuk menjaga sensitivity agama aku dan agama lain), bagi aku MV tersebut kira seram jugaklah dengan membawa element keseraman tahap cerita Munafik 2 punya level hehe, diorang siap bawak budak2 punya orchestra untuk baca chanting anti agama, dasyat berani mereka. (no wonder lah diorang di ban di negara sendiri tapi band diorang paling kaya sekali dalam negara tersebut, talk about the irony wei) dan wolves ov siberia serta bartzabel.

Album ini mempertaruhkan 12 lagu dengan kesemuanya dalam 46 minit lebih masa untuk satu album, so aku sudah mendengar dikatakan keseluruhan lagu di dalam album tersebut hari ini, (pasni nak pergi beli album yg physical plak, sebab beli dari digital tak syok nak dengar dalam kereta), produksi muzik mereka kali ini nak dikatakan terlalu polish pun tidak sebab nampak ada sedikit raw yang cuba Behemoth bawakan tapi tidak dinafikan bila band yang mempunyai budget dan produksi yang berkualiti buat lagu mestilah kena jaga kualiti lagu kan so masih lagi terjaga lah kualiti nya tidak lah terlalu raw macam rekod pakai kaset recorder zaman dalam gua di Norway pada 90an dulu hehe :P


Ini adalah track listingnya..

Jika pendengar dapat mendengar full albumnya, anda akan dapat rasa kelainan sedikit, sebab ada sesetengah lagu masih mengekalkan bunyi sound Behemoth, dan ada lagu yang membawa sedikit element tribal, rock dan punk dan jugak macam saya cakap tadi element orchestra jugak dibawak masuk kedalam album ini untuk menambah perisa, solo,riff dan hentakan padu drum yang tight dari setiap ahli member membuat setiap lagu berhantu. Kalau anda perasan jugak bila dengar setiap lagu ada banyak riff yang tidak terlalu straight forward seperti yang selalu dibawa oleh Behemoth, mereka cuba memelodykan setiap lagu supaya ia lebih sedap didengar dan bagi aku ia bagus untuk sesiapa yang nak belajar riff guitar Behemoth, album ini terbaik untuk korang belajar riff best2.. bagi aku lagu2 dalam ini fresh. Rating yang aku boleh bagi ialah 4 bintang dari 5 bintang untuk produksi + marketing + lagu + tema yang diorang bawa.

lagu favorite aku dalam ini ialah Ecclesia Diabolica Catholica , Bartzabel , Sabbath Mater. So peminat metal dapatkan album ini yang sudah diliriskan pada hari ini, dapatkan di kedai rekod berdekatan, atau boleh preorder melalui website official mereka di https://behemoth.pl/


PERINGATAN : Ini hanya pendapat dari seorang pendengar lagu Universal & Metal, kalau pendapat aku mengecewakan hati anda kerana anda peminat band tersebut Minta Maaf!, sila support band tersebut dengan membeli album mereka secara digital, CD dan Vinyl Terima kasih

No comments