Review Marduk Viktoria... best ke tidak?



Akhirnya setelah lama menunggu, Marduk salah sebuah band dari Sweden telah mengeluarkan album terbaru mereka VIKTORIA, tiga tahun jugak menunggu band ini keluarkan album, mungkin diorang tengah kumpul idea best yang terbaik untuk album terbaru mereka kot.. hehe, last album mereka yang ke tiga belas dahulu Frontschwein boleh dikatakan bestlah bagi aku dengan kehadiran drummer baru lagi tapi apa pulak pendapat aku tentang Viktoria album?



Bila dilihat dari lirik lagu mereka, mereka banyak menulis lagu kearah peperangan lebih2 lagi didalam album ini, aku ada terbaca interview Marduk yang mengatakan mereka cuba untuk membawa tema Perang dunia kedua didalam album ini, pendapat aku tentang album ini? macam biasa lah Marduk terkenal dengan fast pace muzik didalam album ini dan ia boleh dilihat melalui lagu seperti Werewolf, June 44, Equstarian bloodlust dan lain2 kecuali lagu Silent Night sahaja lebih kearah slow sikit "Silent night bodom night!!" ehh silap lirik haha (jangan marah peminat MARDUK, saje je bergurau hehe).. lagu yang lain didalam album semuanya penuh dengan blast beat, riff yang padu. Mereka juga cuba membawa muzik mereka ke arah lebih dark didalam album ini dengan mempetaruhkan video klip Viktoria, boleh check it out diorang punya video, best wei! dan jugak single song Werewolf dan Equstarian bloodlust.

Satu lagi aku perasan lagu mereka walaupun fast pace tapi catchy lah for Black Metal album dan lagu kesemua nya takde meleret2 mcm sesetengah band black metal sekarang yang buat album kekadang ade satu je lagu sampai 50 minit untuk satu lagu hehe talk about creativity memang pening tunggu sampai bila nak abis lagu.

Kalau nak rating album ini aku boleh bagi 3.5 bintang dari 5 sebab bagi aku, aku kenal band Marduk, album diorang tak pernah mengecewakan tapi album ini macam sekadag bagi aku macam lebihan lagu yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, tapi ini hanya pendapat dua puluh sen aku , if you are a fan of black metal, harus! harus! dapatkan album ini, tak rugi pun!

PERINGATAN : Ini hanya pendapat dari seorang pendengar lagu Universal & Metal, kalau pendapat aku mengecewakan hati anda kerana anda peminat band tersebut Minta Maaf!, sila support band tersebut dengan membeli album mereka secara digital, CD dan Vinyl Terima kasih


No comments