Apa akan terjadi kalau lepas ini sudah tiada filem, music apabila kita suka mendownload dari membeli?

Korang suka menonton wayang? suka beli Dvd, Bluray? menonton movie2 favorite korang yang sedang ditayangkan sekarang nie dan membeli untuk membuat koleksi.. apa akan terjadi kalau wayang di tutup, DVD dan Bluray tidak di jual lagi, Hollywood tidak wujud selepas itu pelakon2 popular semua terpaksa menukar kerjaya mereka dan pengarah filem dan syarikat perfileman terpaksa gulung tikar... di sebabkan anda suka mendownload movie dari torrent ,direct download, P2p software seperti limewire dan lain2 atau menonton secara free online tanpa membayar satu sen pun kecuali bil internet anda..

Ini juga akan sama berlaku kepada industri music dunia dan juga Malaysia... korang suka lagu tersebut di putarkan di radio.. owhhh penyanyi nie sedap la menyanyi nanti balik nak download MP3 lagu nie.. pastu burn dalam Cd kosong atau DVD kosong untuk jadi sebagai koleksi.. apa perasaan penyanyi tersebut kalau dia dapat tahu yang anda buat semua itu tanpa memikirkan tentang titih peluh dia mencipta lagu dan lirik tersebut.. penat lelah pemusic yang bersusah payah mencari idea untuk create genre2 music kesukaan anda sedangkan anda mencuri lagu mereka secara percuma tanpa membeli cd mereka..

aku mula terfikir sejenak bila aku masuk ke kedai music semalam.. korang nak tengok pemusic macam lady gaga jadi cashier saje kat pasaraya? korang nak tengok penyanyi macam timbaland jadi penyapu sampah je tepi jalan? dan beyonce jadi waitress? atau pengarah transformer atau Avatar, Toy story berhenti mengarah filem dan just duduk rumah terus tidak buat apa2..

aku sendiri pun suka mendownload.. tapi lama2 aku terfikir jugak.. aku macam merampas periuk nasi diorang.. apa perasaan korang.. kalau korang dah bertungkus lumus dan bersusah payah buat kerja.. last2 gaji korang dapat sedikit sebab takda orang nak bayar dan orang curi hasil kerja korang dan dapat bayaran lumayan... jadi dalam mendownload... fikirkanlah ok.. taknak nanti semua tue takkan wujud lagi untuk generasi akan datang..

2 comments

Anonymous said...

but sometimes download pom bg kebaikan. sbb x suma movie tayang kt malaysia. dlm bentuk cd pom xde jual

Johari sulaiman said...

memang betul... saya takde kate yang mendownload tue satu perkara buruk.. cuma itu satu bentuk pendapat secara umum tentang dunia download ne..